News

375 Warga Kerja PROLINTAS Terima Suntikan Vaksin Menerusi CIVac

375 Warga Kerja PROLINTAS Terima Suntikan Vaksin Menerusi CIVac

Kuala Lumpur, 18 Julai 2021- Seramai 375 warga kerja Kumpulan Syarikat PROLINTAS (PROLINTAS) telah mendapat suntikan vaksin pertama menerusi Program Vaksinasi Industri Pembinaan (CIVac) di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat PROLINTAS Dato’ Mohammad Azlan Abdullah, inisiatif ini merupakan kerjasama di antara PROLINTAS dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warga kerjanya. Ianya juga adalah selaras dengan usaha kerajaan bagi mempercepatkan pengambilan vaksinasi terhadap pekerja yang terlibat dalam industri perkhidmatan dan pembinaan.

“Kesihatan dan keselamatan adalah penting ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19. Sehubungan dengan itu inisiaitif ini perlu dilaksanakan dengan segera dan secara tidak langsung ianya dapat menyumbang kepada pencapaian imuniti berkelompok,” tambah Dato’ Mohammad Azlan.

Warga kerja yang terlibat dalam proses vaksinasi ini telah mendapat temu janji melalui aplikasi MySejahtera dan dijadualkan untuk menerima suntikan kedua dalam tempoh tiga minggu lagi.

Program vaksinasi ini melibatkan kakitangan PROLINTAS yang berkhidmat di ibu pejabat serta di empat lebuh raya seliaannya; Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK).

Kakitangan yang bekerja di dua projek pembinaan lebuh raya juga terlibat iaitu Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).

Untuk rekod PROLINTAS mempunyai 630 pekerja dan lebih separuh dari jumlah tersebut telah mendapat vaksinasi menerusi Program Imunisasi covid-19 Kebangsaan (PICK).

– Tamat –
______________________________________________________________________________________________
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Badri Ibrahim, Tel: 019-349 3300 / badri@prolintas.com.my
Mustafa Akmal Ariffin, Tel: 012-693 3487 / mustafa@prolintas.com.my
Pejabat : 03-2164 2450

______________________________________________________________________________________________

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.