Press Releases

Media coverage on our services and corporate activities

Hentian Sebelah Bukit Jelutong Berwajah Baru Kini Dibuka Semula Untuk Pengguna

Hentian Sebelah Bukit Jelutong Berwajah Baru Kini Dibuka Semula Untuk Pengguna

Kuala Lumpur, 1 December 2020 – PROLINTAS Expressway Sdn. Bhd. (PESB), pemegang konsesi bagi Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan membuka semula Hentian Sebelah Bukit Jelutong kepada pengguna bermula Selasa, 1 Disember 2020.

Kemudahan lebuh raya yang menempatkan surau, kawasan rehat, tandas, laluan pejalan kaki dan kawasan parkir ini telah berwajah baharu setelah kerja-kerja penambah baikan berlangsung selama empat bulan. Selain dari proses penambah baikan struktur bangunan dan hiasan dalaman, jumlah tandas lelaki dan wanita dahulunya sebanyak dua unit kini telah ditambah kepada lima unit bagi setiap satu.

Dengan tambahan corak binaan yang lebih moden, hiasan dalaman yang lebih segar serta landskap yang kondusif, ianya memberikan nilai tambah dan keselesaan kepada pengguna Lebuhraya GCE untuk menggunakan kemudahan ini.

Proses penambah baikan kemudahan ini adalah komitmen berterusan Kumpulan Syarikat PROLINTAS dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna lebuh rayanya.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian bebas tol GCE 1-300-88-0035. Bagi mendapatkan info trafik terkini GCE, sila ikuti laman Twitter @GCEtrafik manakala untuk mengetahui maklumat lengkap berkaitan GCE, sila layari laman web www.prolintas.com.my atau Facebook Page di PROLINTAS Highways.

– Tamat –


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Katheja Begum, Tel: 012-692 9504 / katheja@prolintas.com.my
Badri Ibrahim, Tel: 019-349 3300 / badri@prolintas.com.my
Mustafa Akmal Ariffin, Tel: 012-6933 487 / mustafa@prolintas.com.my
Pejabat : 03-2164 2450


Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Ia  merupakan  pemegang  konsesi  Lebuhraya  Bertingkat  Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.