News

Kawasan Rehat Dan Rawat Elmina (Utara) Kini Dibuka Berwajah Baru

Kawasan Rehat Dan Rawat Elmina (Utara) Kini Dibuka Berwajah Baru

Kuala Lumpur, 14 April 2021 – PROLINTAS Expressway Sdn. Bhd. (PESB), pemegang konsesi bagi Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) telah membuka semula Kawasan Rehat dan Rawat (RSA) Elmina menghala Utara bermula pada Sabtu, 10 April 2021. 

RSA Elmina (Utara) sebelum ini ditutup selama empat bulan bagi kerja-kerja penaiktarafan dan kini berwajah baharu.

RSA Elmina (Utara) dibuka dengan menampilkan reka bentuk bangunan dengan konsep industrial minimalist, hiasan dalaman yang lebih segar, ruang rehat yang lebih kondusif serta seni lanskap yang lebih hijau. 

Antara kemudahan yang ditawarkan di RSA Elmina (Utara) ini adalah 12 gerai makanan dan minuman yang menyajikan variasi menu menarik. Selain itu sebuah restoran premium yang menyajikan hidangan sate Kajang oleh Restoran Sate Kajang Haji Samuri yang menyediakan ruang makan yang lebih luas dan kondusif. 

Terdapat juga kemudahan tambahan yang disediakan iaitu kiosk-kiosk menjual kudap-kudapan.  Pengguna juga boleh menggunakan fasiliti asas seperti surau yang lebih luas, tandas, serta taman permainan kanak-kanak.

Dengan penaiktarafan RSA Elmina (Utara) ini, ianya merupakan komitmen berterusan Kumpulan Syarikat PROLINTAS dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna lebuh raya seliaanya.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian bebas tol GCE 1-300-88-0035. Bagi mendapatkan info trafik terkini GCE, sila ikuti laman Twitter @GCEtrafik manakala untuk mengetahui maklumat lengkap berkaitan GCE, sila layari laman web www.prolintas.com.my atau  Facebook Page di PROLINTAS Highways.

– Tamat –


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Badri Ibrahim, Tel: 019-349 3300 / badri@prolintas.com.my
Mustafa Akmal Ariffin, Tel: 012-6933 487 / mustafa@prolintas.com.my 
Pejabat : 03-2164 2450


Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Ia  merupakan  pemegang  konsesi  Lebuhraya  Bertingkat  Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.