News

Penutupan Sementara Kawasan Rehat dan Rawat Elmina GCE Arah Selatan

Penutupan Sementara Kawasan Rehat dan Rawat Elmina GCE Arah Selatan

Kuala Lumpur, 28 November 2020 – PROLINTAS Expressway Sdn. Bhd. (PESB), pemegang konsesi bagi Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan menutup sepenuhnya Kawasan Rehat dan Rawat Elmina (arah selatan) bermula Selasa, 1 Disember 2020 dan dijadualkan dibuka semula pada pertengahan April 2021. Penutupan selama empat bulan ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf kawasan rehat tersebut.

Berikutan dengan penutupan ini, kesemua kemudahan sedia ada seperti gerai makanan, surau dan tandas tidak akan beroperasi dan pengguna Lebuhraya GCE dinasihatkan untuk menggunakan kemudahan seumpama di Hentian Sebelah Bukit Jelutong yang kini berwajah baharu.

Kerja-kerja menaik taraf kemudahan infrastruktur ini adalah komitmen berterusan Kumpulan Syarikat PROLINTAS dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna lebuh rayanya.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian bebas tol GCE 1-300-88-0035. Bagi mendapatkan info trafik terkini GCE, sila ikuti laman Twitter @GCEtrafik manakala untuk mengetahui maklumat lengkap berkaitan GCE, sila layari laman web www.prolintas.com.my atau Facebook Page di PROLINTAS Highways.

– Tamat –


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Katheja Begum, Tel: 012-692 9504 / katheja@prolintas.com.my
Badri Ibrahim, Tel: 019-349 3300 / badri@prolintas.com.my
Mustafa Akmal Ariffin, Tel: 012-6933 487 / mustafa@prolintas.com.my
Pejabat : 03-2164 2450


Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Ia  merupakan  pemegang  konsesi  Lebuhraya  Bertingkat  Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.