News

Penutupan Sementara Kawasan Rehat dan Rawat Elmina GCE Arah Utara

Penutupan Sementara Kawasan Rehat dan Rawat Elmina GCE Arah Utara

Kuala Lumpur, 30 September 2020 – PROLINTAS Expressway Sdn. Bhd. (PESB), pemegang konsesi bagi Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) akan menutup sepenuhnya Kawasan Rehat dan Rawat Elmina (arah utara) selama empat bulan bermula 7 Oktober 2020 dan dijadualkan dibuka semula pada pertengahan  Februari 2021. Oleh itu, semua gerai dan kemudahan seperti tandas dan surau tidak beroperasi sepanjang tempoh berkenaan untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan.

Kerja-kerja penambahbaikan ini adalah komitmen berterusan Kumpulan PROLINTAS dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna lebuh rayanya.

Untuk memastikan keselesaan pengguna tidak terkesan, GCE akan menyediakan kemudahan sementara di kawasan Hentian Sebelah Lagong, lebih kurang 10 km dari Kawasan Rehat dan Rawat Elmina (utara).  Antara kemudahan yang disediakan di Hentian Sebelah Lagong adalah tandas, surau, gerai makanan (food truck) serta tempat parkir/rehat. 

Sebanyak enam buah tandas bergerak juga telah mula disediakan sebagai tambahan kepada tandas sedia ada di hentian tersebut.  Selain itu, bagi memastikan keselamatan pengguna ketika berada di situ, kami juga akan menugaskan pengawal keselamatan 24 jam sehari dan memasang lampu limpah bagi memastikan kawasan sentiasa terang dan selamat.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian bebas tol GCE 1-300-88-0035. Bagi mendapatkan info trafik terkini GCE, sila ikuti laman Twitter @GCEtrafik manakala untuk mengetahui maklumat lengkap berkaitan GCE, sila layari laman web www.prolintas.com.my atau  Facebook Page di PROLINTAS Highways.

– Tamat –


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Katheja Begum, Tel: 012-692 9504 / katheja@prolintas.com.my
Badri Ibrahim, Tel: 019-349 3300 / badri@prolintas.com.my
Mustafa Akmal Ariffin, Tel: 012-6933 487 / mustafa@prolintas.com.my
Pejabat : 03-2164 2450


Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Ia  merupakan  pemegang  konsesi  Lebuhraya  Bertingkat  Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.