Penutupan Sementara Laluan Lebuhraya DASH pada 5 November 2022 Sempena AS LLM DASH Penchala Link Night Run
Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan melaksanakan penutupan sementara beberapa laluan di sepanjang jajarannya sempena penganjuran AS LLM Dash Penchala Link Tunnel Night yang dijadualkan berlangsung pada 5 November 2022.
Penutupan laluan yang bermula jam 9 pagi 5 November 2022 sehingga 6 November jam 5 pagi melibatkan 9 Ramp (tanjakan susur masuk dan keluar) Lebuhraya DASH akan dilaksanakan secara berperingkat pada hari larian berlangsung.
Pengguna Lebuhraya DASH pada hari larian berlangsung akan dilencongkan ke Persimpangan Persiaran Surian (susur keluar) iaitu selepas Plaza Tol (RRIM) Kwasa Damansara. Manakala, kesemua laluan akan dibuka semula kepada pengguna pada jam 5:01 pagi, 6 November 2022.
Ketetapan penutupan sementara seperti berikut:
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi talian atau emel seperti di bawah:
Hotline : 1 300 88 5522
Emel : info@prolintas.com.my