Press Releases

Media coverage on our services and corporate activities.

PROLINTAS Agih 700 Pek Daging Korban Kepada Asnaf, B40

PROLINTAS Agih 700 Pek Daging Korban Kepada Asnaf, B40

Kuala Lumpur, 24 Julai 2021 – Sempena dengan sambutan Aidiladha tahun ini, Kumpulan Syarikat PROLINTAS (PROLINTAS) telah mengagihkan sebanyak 700 pek daging korban kepada keluarga asnaf dan golongan B40 yang tinggal berhampiran jajaran lebuh raya seliaanya seperti Ampang, Keramat, Cheras, Kajang, Shah Alam, Subang dan Sungai Buloh.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dato’ Mohammad Azlan Abdullah, aktiviti ini adalah sebahagian agenda tahunan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan setiap tahun sejak PROLINTAS ditubuhkan.

“PROLINTAS amat prihatin dengan kesusahan masyarakat sekitar yang pada masa ini bergelut dalam mendepani isu-isu semasa berkaitan dengan kekangan pendemik COVID-19. Diharapkan dengan sumbangan daging korban ini secara tidak langsung dapat meringankan beban dan menceriakan keluarga penerima dalam meraikan Aidiladha”, ujar Dato’ Mohammad Azlan.

Aktiviti pengedaran telah dilakukan dengan mengamalkan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dengan pengedaran secara berasingan oleh kakitangan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).

Program ini juga sedikit sebanyak diharap dapat membantu komuniti yang berada di dalam lingkungan jajaran lebuh raya PROLINTAS yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

-TAMAT-

______________________________________________________________________________________________

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Badri Ibrahim, Tel: 019-349 3300 / badri@prolintas.com.my
Mustafa Akmal Ariffin, Tel: 012-6933 487 / mustafa@prolintas.com.my
Pejabat : 03-2164 2450

______________________________________________________________________________________________

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

X
wpChatIcon