CSR

PROLINTAS BANTU 100 KELUARGA SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA

PROLINTAS BANTU 100 KELUARGA SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA

Bagi meringankan beban komuniti Tionghua kurang berkemampuan yang tinggal sekitar kawasan pembinaan Lebuhraya Kajang SILK dan Lebuhraya SUKE, PROLINTAS telah mengagihkan barangan keperluan harian.

Agihan barangan seperti beras, minyak, minuman kordial, biskut dan sekotak limau itu disampaikan kepada 25 keluarga dari Sungai Chua dan 25 keluarga dari Sungai Ramal yang tinggal berhampiran Lebuhraya Kajang SILK.
 
Sementara itu, sumbangan sama juga telah diagihkan kepada 25 keluarga dari Taman Bukit Cheras dan 25 lagi keluarga dari Kampung Tasik Permai yang tinggal berdekatan Lebuhraya SUKE.

Pihak syarikat akan terus bergerak proaktif dalam menjaga hubungan baik dengan komuniti terutama masyarakat yang tinggal berhampiran jajaran lebuh raya dan diharap sumbangan ini sedikit sebanyak mampu menceriakan mereka ketika musim perayaan ini.