Press Releases

Media coverage on our services and corporate activities

PROLINTAS Bantu Golongan B40 Sambutan Deepavali

PROLINTAS Bantu Golongan B40 Sambutan Deepavali

Kuala Lumpur, 16 November 2020 – Sempena sambutan Deepavali tahun ini, Kumpulan Syarikat PROLINTAS telah menghulurkan bantuan berbentuk hamper makanan kepada 100 buah keluarga sebagai sebahagian dari aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada penduduk yang berhampiran dengan jajaran lebuh raya seliaannya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat PROLINTAS, Dato’ Mohammad Azlan Abdullah, sebanyak 100 buah keluarga berbangsa India dari golongan B40 di Kampung Tasik Permai Ampang, Kampung Melayu Subang, Villa Suria dan Gugusan Tanjong Kota Damansara telah menerima hamper berupa makanan yang mengandungi variasi juadah perayaan Deepavali seperti muruku, coklat, minuman kordial dan sebagainya. 

Selain dari kumpulan tersebut, PROLINTAS turut menghulurkan sumbangan kepada peniaga kecil di sekitar Pinggiran Subang dan Alam Budiman.

“Sumbangan ini adalah sebahagian dari aktiviti CSR PROLINTAS dalam memastikan kumpulan sasarannya mendapat bantuan dan perhatian terutama di saat ini ramai yang terjejas teruk berikutan penularan Covid-19. Selain dari itu, ianya adalah kesinambungan dari program CSR yang diadakan setiap kali musim perayaan sepanjang tahun,” ujar Dato’ Mohammad Azlan Abdullah.

“Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban penerima dan sekaligus memberi keceriaan bagi sambutan Deepavali kali ini,” tambah Dato’ Mohammad Azlan Abdullah.

Dalam pada masa yang sama untuk mengekang penularan virus Covid-19, PROLINTAS turut mengedarkan kit perlindungan yang mengandungi cecair basmi kuman dan topeng pelitup muka kepada penerima hamper ini.

– Tamat –


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Katheja Begum, Tel: 012-692 9504 / katheja@prolintas.com.my
Badri Ibrahim, Tel: 019-349 3300 / badri@prolintas.com.my
Mustafa Akmal Ariffin, Tel: 012-6933 487 / mustafa@prolintas.com.my
Pejabat : 03-2164 2450


Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Ia  merupakan  pemegang  konsesi  Lebuhraya  Bertingkat  Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.