Press Releases

Media coverage on our services and corporate activities.

PROLINTAS Edar 3000 Pek Penjagaan Diri Cegah COVID-19 Kepada Kakitangan

PROLINTAS Edar 3000 Pek Penjagaan Diri Cegah COVID-19 Kepada Kakitangan

Kuala Lumpur, 3 Mac 2021 – Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS) telah mengedarkan sebanyak 3,000 kit penjagaan diri yang mengandungi pelitup muka, cecair pembasmi kuman dan vitamin C kepada kesemua kakitangannya, termasuk pekerja pembinaan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai-Besi Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat PROLINTAS Dato’ Mohammad Azlan Abdullah, inisiatif pengedaran pek penjagaan diri ini adalah untuk mengurangkan dan mencegah kes jangkitan COVID-19 di kalangan kakitangan, terutamanya kakitangan barisan hadapan PROLINTAS yang bertugas di lebuh raya-lebuh raya kendalianya.

“Kami memandang serius terhadap bilangan kes jangkitan COVID-19 yang masih tinggi dan dengan pengedaran pek ini ianya diharap dapat membantu kakitangan PROLINTAS dan pekerja tapak pembinaan untuk sentiasa mengutamanya kebersihan diri. Justeru diharap dengan usaha ini juga secara tidak langsung dapat memastikan kelancaran operasi perkhidmatan lebuh raya kami,” ujar Dato’ Mohammad Azlan.

Terdahulu PROLINTAS telah membelanjakan lebih RM100,000 dalam menyalurkan bantuan berbentuk wang tunai kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), bertujuan untuk membiayai kos penyediaan peralatan perlindungan peribadi (PPE) kepada doktor dan jururawat agar ianya dapat menjamin keselamatan mereka ketika bertugas.

Sumbangan berbentuk barangan turut dihulurkan kepada empat pusat perubatan iaitu Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Barangan yang disumbangkan adalah mengikut keperluan hospital masing-masing bagi menangani kekurangan keperluan, melihat kepada penambahan kes serta pembukaan wad tambahan khas untuk pesakit COVID-19. Barangan yang disumbangkan adalah seperti bantal, stetoskop, kerusi roda, selain peralatan perlindungan peribadi (PPE).

Kumpulan B40 yang terjejas turut mendapat perhatian apabila PROLINTAS telah bekerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan seperti Serantau Muslim dan Mercy Malaysia dalam menyampaikan sumbangan.

– Tamat –


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Katheja Begum, Tel: 012-692 9504 / katheja@prolintas.com.my
Badri Ibrahim, Tel: 019-349 3300 / badri@prolintas.com.my
Mustafa Akmal Ariffin, Tel: 012-6933 487 / mustafa@prolintas.com.my
Pejabat : 03-2164 2450


Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) adalah sebuah syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Ia  merupakan  pemegang  konsesi  Lebuhraya  Bertingkat  Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kajang SILK (SILK), Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) melalui anak-anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.prolintas.com.my.

X
wpChatIcon