Events

Recent corporate milestones and momentous occasions.

“VALUE ENGINEERING WORKSHOP” BAGI PROJEK PELEBARAN SILK

“VALUE ENGINEERING WORKSHOP” BAGI PROJEK PELEBARAN SILK

PROLINTAS dengan kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menganjurkan “Value Engineering Workshop” bagi projek naiktaraf Fasa 3 #SILK yang berlangsung sehingga 21 November.

Program ini padat dengan pelbagai aktiviti perbincangan yang bertujuan untuk mengoptimumkan rekabentuk dan kos projek pelebaran SILK, yang seterusnya akan memanfaatkan projek-projek infrastruktur skala besar khususnya projek lebuh raya di masa hadapan.

Majlis pembukaan “Value Engineering Workshop” dihadiri oleh Ketua Pengarah LLM, Dato’ Ir. Sazali Harun, serta Ahli Lembaga Pengarah Prolintas Managers Sdn Bhd, Datuk Syed Azmi Syed Othman dan Pengarah Eksekutif PROLINTAS, Mohamad Idros Mosin.

Program ini melibatkan lebih daripada 100 peserta mewakili agensi kerajaan dan swasta.